Kebaikan Kitar Semula
Pertamanya, kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan
mentah baru. Anda pun sudah maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada
sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar
kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam
kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang merupakan ekosistem
terpenting untuk kehidupan.
Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga
berkemungkinan besar akan pupus. Mereka juga boleh membahayakan nyawa
manusia kerana apabila haiwan-haiwan tersebut kehabisan sumber makanan, mereka
akan berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.
Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan
melalui kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada bahan
mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baru
daripada barang terbuang.
Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.

Satu lagi kebaikan kitar semula adalah ianya berpotensi
menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Buat pengetahuan
rakyat Malaysia, negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.
Kuantiti sampah di Malaysia saban tahun semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah. Mahukah anda? Sampah-sampah ini juga akan mencemar tanah dan air yang menjadi sumber kehidupan kita dan hidupan lain.

Selain
itu, kitar semula boleh memberikan keuntungan. Kebanyakan penduduk yang kurang
pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru
dan kreatif daripada bahan terbuang. Sebagai contoh, surat khabar boleh
diinovasikan menjadi sebuah bakul yang cantik dan menarik sekali.
Berbagai-bagai kraf tangan lain yang boleh dihasilkan daripada surat khabar
mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh
dipasarkan dengan harga yang berpatutan.
Kepentingan Kitar Semula
Bukan mudah
untuk membudayakan amalan kitar semula. Namun jika anda kenangkan nasib
generasi akan datang...Ya, bukan orang lain...ianya mungkin anak cucu kita. Dari fakta
diatas kita dapat lihat betapa pentingnya kertas perlu di kitar semula. Kita
semua tahu bahawa bahan asas utama kertas adalah kayu yang berasal dari pokok.
Maka dengan kitar semula kertas kita dapat menyelamatkan dan mengurangkan
penebangan pokok yang menjadi sumber oksigen untuk kehidupan semua makhluk
serta mengurangkan kesan rumah hijau keatas bumi ini.
Kitar semula juga menyumbang kearah mengurangkan kemusnahan dan pencemaran disamping memeliharaan alam semulajadi yang semestinya untuk kehidupan yang lebih aman, selamat dan selesa.
Kitar semula juga menyumbang kearah mengurangkan kemusnahan dan pencemaran disamping memeliharaan alam semulajadi yang semestinya untuk kehidupan yang lebih aman, selamat dan selesa.
Mahukah anda melihat mereka hidup menderita akibat dari kecuaian, sikap penting diri dan tidak prihatinnya kita dimasa kini? Oleh itu cubalah bertindak walaupun sedikit kerana setiap helai kertas yang anda kitar semula itu amat bermakna dan tidak ternilai harganya.